Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

DUSIS RUANG NIAGA LATIH PELAJAR BIDANG KEUSAHAWANAN

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 12 Mac 2023 – Bagi menggalakkan para pelajar khususnya mahasiswa di Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) menceburi bidang perniagaan, Koperasi Siswa (KOSISWA) USM Kelantan Berhad dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) serta Alumni Kampus Kesihatan USM  mewujudkan Dataran Usahawan Siswa (DUSis) atau lebih dikenali dengan nama komersilnya D'Rimbun.

IMG 20230312 WA0028 
 
IMG 20230312 WA0029
 
DUSis merupakan ruang keusahawanan sosial siswa yang menyajikan pelbagai menu menarik untuk warga Kampus Kesihatan telah dibuka pada 8 Mac lalu yang mana perasmiannya telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, USM, Profesor Dr. Azlinda Azman.
 
IMG 20230312 WA0032
 
Selain itu, DUSis juga diwujudkan untuk membina jaringan kerjasama antara mahasiswa dan alumni selain membuka peluang pekerjaan kepada para pelajar di samping mengasah bakat bergelar usahawan muda.
 
IMG 20230312 WA0030
 
DUSis yang beroperasi dari pagi sehingga lewat malam turut memberi peluang kepada staf yang bertugas syif untuk membuat pilihan mendapatkan makanan di premis dalam kawasan USM. Perkhidmatan penghantaran makanan atau minuman di dalam kawasan kampus juga akan disediakan dalam masa terdekat.
 
IMG 20230312 WA0031
 
Turut hadir ialah Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin; Pengarah Hospital USM, Dato’ Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman; Timbalan Pendaftar Kanan, Jabatan Pendaftar, Noor Hayati Mohammad; Timbalan Pendaftar, BHEPA Kampus Kesihatan, Hafiz Assad Zakaria; Ketua Pegawai Psikologi, BHEPA Kampus Kesihatan yang juga Pengerusi KOSISWA USM Kelantan Berhad, Mohd Norzulhairie Othman serta barisan Majlis Perwakilan Pelajar, Majlis Perwakilan Desasiswa dan pemimpin-pemimpin persatuan pelajar.
  • Created on .
  • Hits: 302