Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

FIT@HPUSM: BUDAYAKAN HIDUP SIHAT ELAK TEKANAN DI TEMPAT KERJA

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 23 Januari 2025 – Amalan gaya hidup sihat yang melibatkan senaman perlu diterapkan dalam kalangan warga kerja, terutama petugas kesihatan yang sering berdepan dengan tekanan kerja.

IMG 20250123 WA0005

IMG 20250123 WA0006

Menyedari pentingnya kesihatan dalam menjalankan tugas, Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) mengambil inisiatif menganjurkan program ‘FIT@HPUSM: BUKAN SEKADAR SIHAT’ bagi menggalakkan aktiviti fizikal dalam kalangan kakitangannya, hari ini.

IMG 20250123 WA0012

IMG 20250123 WA0007

IMG 20250123 WA0011

Program ini bertujuan memupuk kesedaran tentang kepentingan senaman dan pemakanan sihat dalam kehidupan seharian walaupun berdepan jadual kerja yang padat. Selain itu, para peserta diberi tips gaya hidup sihat termasuk pemilihan makanan yang seimbang bagi memastikan tubuh badan sentiasa cergas.

IMG 20250123 WA0010

IMG 20250123 WA0008

IMG 20250123 WA0009

Program yang berlangsung di hadapan Blok Pentadbiran HPUSM ini dihadiri hampir 100 kakitangan HPUSM. Turut hadir ialah Timbalan Pengarah (Infrastruktur dan Aset) HPUSM, Dr. Mohamed Ashraf Mohamed Daud dan Timbalan Pengarah (Pentadbiran) HPUSM, Mohd Saberi Mohd Yusoff.

Teks: Mohd Hafiz Ya’acob/ Foto: Wan Mohd Rashidi Wan Mood

  • Created on .
  • Hits: 196