Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

FMQ23: DESASISWA MURNI NURANI RAIH KEJAYAAN BERGANDA

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 11 April 2023 – Qari, Mohamad Azizi Che Yazid dan Qariah, Fatiha Aina Umaira Sulaiman masing-masing dinobatkan sebagai johan Tilawah Al-Quran, Festival Musabaqah Al-Quran 2023 (FMQ23) yang berlangsung di Masjid Al-Malik Khalid, Universiti Sains Malaysia (USM) pada 9 April lalu.

WhatsApp Image 2023 08 23 at 13.28.54 1

Kedua-dua peserta yang mewakili Desasiswa Murni Nurani menewaskan peserta daripada Institusi Pendidikan Tinggi lain iaitu Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di samping peserta dari semua desasiswa utama USM.

WhatsApp Image 2023 08 23 at 13.28.54 2

Manakala Ain Sakinah Haniff, peserta bagi pertandingan Syarahan Agama turut menempatkan diri sebagai johan kategori perempuan dalam festival tersebut. Wan Mohd Fahmii Wan Nazri dan Muhammad Syahir Hakimi Mohd Hazli pula diumumkan sebagai naib johan bagi acara Syarahan Agama lelaki dan Penulisan Khat lelaki manakala Nurul Amalin Mohamed Farid pula mendapat tempat ketiga bagi acara Hafazan perempuan.

WhatsApp Image 2023 08 23 at 13.28.53

WhatsApp Image 2023 08 23 at 13.28.54

Bertemakan Al-Quran Penggerak Fikrah Jauhari, FMQ23 yang berlangsung dari 7 hingga 9 April 2023 mempertandingkan empat (4) kategori iaitu hafazan, tilawah al-Quran, syarahan dan penulisan khat.

Turut hadir menyaksikan festival tersebut ialah Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin dan Timbalan Pendaftar, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Kampus Kesihatan, Hafiz Assad Zakaria.

  • Created on .
  • Hits: 230