Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

'GREEN OFFICE' PROJEK SERAMPANG DUA MATA PERKASA KELESTARIAN KAMPUS

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 26 Oktober 2023 - Sebagai usaha menerapkan minat penanaman melalui sistem hidroponik dalam kalangan staf Universiti Sains Malaysia (USM), Jawatankuasa Kelestarian Kampus Kesihatan USM telah menganjurkan Pertandingan Hidroponik 'Green Office' 2023 peringkat Kampus Kesihatan pada 15 Julai hingga 30 September lalu.

IMG 20231026 WA0016

Ia juga bertujuan memberi pendedahan dan kemahiran tentang penanaman sayuran dan pokok menggunakan kaedah sistem hidroponik yang betul selain mengeratkan silaturahim dalam kalangan staf jabatan dan unit yang terlibat.

IMG 20231026 WA0013

Pertandingan kali ini disertai oleh 11 jabatan dan unit yang bertungkus lumus selama hampir tiga (3) bulan untuk menyiapkan projek hidroponik masing-masing. Unit Pemakanan dan Dietetik, Hospital USM telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan pertandingan ini.

IMG 20231026 WA0015

IMG 20231026 WA0014

Hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang ialah Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin. Turut hadir ialah Pengarah Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (INFORMM), Profesor Madya Dr. Aziah Ismail; Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF), Engku Nazli Engku Mohd Ariffin dan Ketua Projek, Pertandingan Hidroponik 'Green Office' 2023, Zulkifli Jusoh.

  • Created on .
  • Hits: 341