Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

HAAK USM AMBIL INISIATIF ADAKAN KEM MOTIVASI PELAJAR STPM 2025

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 8 Mac 2025 – Himpunan Anak-Anak Kelantan (HAAK) Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan Kem Motivasi Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2025 Peringkat Negeri Kelantan yang berlangsung di Pusat Mahasiswa (PUMA), Kampus Kesihatan USM selama tiga (3) hari bermula 6 Mac dan berakhir hari ini.

1000117605

1000117599

Program ini menghimpunkan 132 orang pelajar STPM dari seluruh daerah di negeri Kelantan dengan dibantu seramai 98 fasilitator dalam kalangan mahasiswa USM.

1000117593

1000117597

Program ini bertujuan memberi motivasi kepada para pelajar STPM dalam menghadapi cabaran akademik serta mempersiapkan mereka untuk melanjutkan pengajian ke peringkat universiti. Sepanjang program berlangsung, para pelajar diberikan latihan kepimpinan, teknik pembelajaran berkesan dan bimbingan akademik.

1000117591

1000117595

Majlis penutup program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni) USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin.

1000117601

1000117603

Sebagai tanda penghargaan, sijil penyertaan turut disampaikan kepada wakil pelajar sekolah bagi mengiktiraf usaha dan komitmen mereka sepanjang program berlangsung.

1000117607

Turut hadir ialah Pengarah Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaiful Bahari Ismail dan Penasihat 1, HAAK USM merangkap Ketua Pegawai Operasi dan Pemasaran, Pusat Pembangunan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (BHEPA), USM, Zulkifli Che Hussin.


Teks: Muhd Zulkifli Zakaria / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Hits: 151