Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

HOSPITAL USM PERKUKUH JARINGAN LIBATSAMA KOMUNITI SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PONDOK-PONDOK NEGERI KELANTAN

 

USM, KOTA BHARU, KELANTAN, 23 September 2023 - Pasukan Petugas Kesihatan Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menyantuni penduduk sekitar Pasir Puteh sempena sambutan Maulidur Rasul Pondok-Pondok Negeri Kelantan Tahun 2023. 

IMG 20230923 WA0049

Program yang berlangsung di Padang Pak Amat ini memberi peluang kepada para petugas memperkenalkan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan di Hospital USM selain meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan kesihatan.

IMG 20230923 WA0050

Antara perkhidmatan yang ditawarkan hari ini ialah perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma dan lindungan perubatan (standby).

IMG 20230923 WA0051

IMG 20230923 WA0054

Program ini diharap dapat memupuk budaya cakna kesihatan di samping mewujudkan jaringan kerjasama antara USM dengan organisasi luar dan komuniti setempat.

IMG 20230923 WA0052

 IMG 20230923 WA0053

Turut hadir ialah Ketua Perkhidmatan Jaringan Komuniti, Hospital USM, Dr. Norhayati Mohamad.

  • Created on .
  • Hits: 285