IFTAR RAMADAN, PPSP RAI PELAJAR ANTARABANGSA
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 3 April 2024 - Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) tidak ketinggalan dalam meraikan kepelbagaian budaya pelajar antarabangsa dengan menganjurkan Iftar Ramadan bersama pelajar antarabangsa pada 27 Mac lalu.
Majlis yang dihadiri kira-kira 100 pelajar antarabangsa PPSP itu merupakan platform ramah mesra di antara pelajar dan pengurusan tertinggi PPSP dengan menyajikan pelbagai makanan tradisional negara masing-masing untuk dijadikan juadah berbuka puasa disamping memperkenalkan masakan tradisional Malaysia kepada pelajar antarabangsa.
Majlis yang melibatkan pelajar Ijazah Sarjana Muda, Sarjana Perubatan dan pelajar Program Elektif PPSP dari negara China, Nigeria, United Kingdom, Pakistan, Oman, Belanda dan banyak lagi itu diharap dapat mengubati kerinduan para pelajar menyambut Ramadan di kampung halaman masing-masing.
Penglibatan pelajar antarabangsa bersama pengurusan tertinggi PPSP ini menjadi bukti dan komitmen USM dalam memperkukuh ikatan persaudaraan pelajar antarabangsa dalam menuju kelestarian pengantarabangsaan di institusi pengajian tinggi (IPT) Malaysia.
Majlis Iftar Ramadan itu turut dihadiri oleh barisan Exco Dekan PPSP terdiri daripada Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dr. Kamarul Aryffin Baharuddin; Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah dan Latihan Ikhtisas), Profesor Dr. Irfan Mohamad; Timbalan Dekan (Libatsama Industri - Komuniti dan Pembangunan), Profesor Dr. Wan Hazabbah Wan Hitam dan Timbalan Dekan (Program USM-KLE), Profesor Madya Dr. Nik Ahmad Zuky Nik Lah.
Sumbangan Laporan & Foto: Mohamad Iqmal Mathlan
- Created on .
- Hits: 193