Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

JABATAN PENDAFTAR MENJUARAI KEJOHANAN BOLING JEMPUTAN BHEPA 2023

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 14 Mac 2023 – Jabatan Pendaftar, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) mengungguli Kejohanan Boling Jemputan BHEPA 2023 yang diadakan di ‘Lite Superbowl JB7’, Pasaraya Mydin Tunjong, semalam.

IMG 20230314 WA0016

IMG 20230314 WA0018
 
Jabatan Pendaftar menewaskan Jabatan Keselamatan yang menduduki tempat kedua dan Pusat Islam di tempat ketiga. Kejohanan ini turut disertai oleh pasukan dari Pejabat Pengarah Kampus, Jabatan Bendahari, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA), Klinik Pergigian, Pusat Perumahan dan Penginapan Universiti, Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA), Pusat Pengurusan Bencana dan Desasiswa Murni Nurani.
 
IMG 20230314 WA0019
 
Kejohanan yang disertai oleh 60 peserta ini diadakan bertujuan merapatkan ukhwah dalam kalangan staf Pusat Tanggungjawab (PTJ) selain menjadi platform untuk mengenalpasti, mencungkil dan mengetengahkan bakat terpendam dalam kalangan staf Kampus Kesihatan USM.
 
IMG 20230314 WA0017
 
Hadir menyampaikan hadiah dan memeriahkan kejohanan ialah Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin. Turut hadir ialah Timbalan Pendaftar Kanan, Jabatan Pendaftar Kampus Kesihatan, Noor Hayati Mohammad; Timbalan Pendaftar BHEPA, Kampus Kesihatan, Hafiz Assad Zakaria dan Timbalan Pengarah Pusat Islam, Kampus Kesihatan, Amira Abd Sattar@Ismail.
 
Sumbangan Laporan & Foto: Suha Eza Ibrahim.
  • Created on .
  • Hits: 386