USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 5 Oktober 2022 - Program Pembersihan Pantai Senok anjuran Jabatan Perubatan Nuklear, Radioterapi dan Onkologi, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM) mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaaan lebih 170 orang peserta.
Program yang berlangsung di Pantai Senok, Bachok pada 1 Oktober lalu diadakan bertujuan untuk memupuk kesedaran dalam kalangan staf selain memberi khidmat kepada masyarakat melalui penjagaan alam sekitar.
Selain itu, ia juga bertujuan melatih dan mendidik golongan muda terutamanya anak-anak staf untuk memelihara dan menjaga kebersihan bagi mewujudkan persekitaran yang bersih dan ceria di tempat-tempat tumpuan awam terutamanya di pantai bagi menggalakkan aktiviti pelancongan justeru membantu ekonomi masyarakat setempat.
Aktiviti sebegini diharap dapat diteruskan secara berkala bagi memupuk semangat kerjasama dan kebersamaan dalam kalangan staf serta menggalakkan aktiviti sihat bersama keluarga di samping mewujudkan masyarakat yang sentiasa mementingkan kebersihan dan melestarikan pusat pelancongan.
Sumber Laporan & Foto: Dr. Wan Fatihah Wan Sohaimi