Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

KAMPUS KESIHATAN USM SERAH SUMBANGAN KEMANUSIAAN PALESTIN KEPADA MYCARE KELANTAN

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 22 Disember 2024 - Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Islam Kampus Kesihatan telah menyerahkan sumbangan RM7,050 kepada Persatuan Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) Kelantan untuk Tabung Kemanusiaan Palestin, hari ini.

IMG 20241222 WA0031

Sesi penyerahan tersebut disempurnakan oleh Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaiful Bahari Ismail kepada Pengurus MyCARE Kelantan, Ab Rahman Salleh.

Untuk rekod, Tabung Kemanusiaan Palestin telah dilancarkan pada 19 Oktober 2023 bertujuan mengumpul dana untuk disalurkan kepada rakyat Palestin melalui badan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dan dipercayai.

Pendanaan Tabung Kemanusiaan Palestin ini diteruskan lagi secara dalam talian dan tunai melalui tabung-tabung yang ditempatkan di beberapa lokasi strategik sekitar Kampus Kesihatan untuk disumbangkan bagi fasa seterusnya.

Teks: Rosalwani Che Soh/ Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Hits: 107