Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

KARNIVAL WAKAF KESIHATAN BERSAMA KOMUNITI TINGKATKAN KESEDARAN AMALAN BERWAKAF

KOTA BHARU, KELANTAN, 26 Oktober 2024 – Pusat Islam, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) selaku tunjang utama jawatankuasa penganjur dengan kerjasama Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), pengurusan Masjid Jamek Muhammadi Kota Bharu dan Program Libatsama Komuniti USM-Merican menganjurkan program Karnival Wakaf Kesihatan MAIK-USM@Masjid Jamek Muhammadi selama dua (2) hari bermula semalam.

1000082723

1000082727

1000082731

Karnival ini antara lain bertujuan menggalakkan orang ramai untuk terlibat secara aktif dalam amalan berwakaf dengan menyumbang secara sukarela ke Tabung Wakaf Tunai MAIK-Kampus Kesihatan USM.

1000082725

1000082729

1000082733

Karnival yang julung kali diadakan di luar kampus USM ini meningkatkan kesedaran masyarakat tentang konsep dan kepentingan berwakaf khususnya untuk menyokong aspek pendidikan, kebajikan dan penyelidikan di Kampus Kesihatan USM.

1000082743

1000082747

1000082751

Majlis Penutupan Karnival Wakaf Kesihatan MAIK-USM@Masjid Jamek Muhammadi disempurnakan oleh Imam Besar Negeri Kelantan, Al Fadhil Ustaz Dr. Haji Hana Pizi Haji Abdullah yang mewakili Timbalan Yang Dipertua MAIK.

1000082749

1000082753

1000082755

1000082757

Antara program yang berlangsung sepanjang karnival tersebut ialah aktiviti menderma darah, perkhidmatan saringan kesihatan komprehensif, pertandingan 'indoor game', sepak penalti, ‘e-sport mobile legend’, pertandingan azan, mewarna untuk kanak-kanak dan khat serta bual bicara bersama ustaz.

1000082735

1000082745

Turut hadir dalam program tersebut ialah Penyelaras Unit Sains Kesihatan Interdisiplin, Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM, Dr. Mujahid Bakar mewakili Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM; Timbalan Dekan Libatsama Industri - Komuniti dan Pembangunan PPSP, Profesor Dr. Wan Hazabbah Wan Hitam; Pengerusi Program Libatsama Komuniti USM - Merican, Profesor Dr. Aziah Daud; Timbalan Pengarah, Pusat Islam, Kampus Kesihatan USM, Ustazah Amira Abdul Sattar@Ismail; Penolong Pengarah Bahagian Wakaf JAWHAR, Ustazah Asmahan Abdul Kadir; Ketua Unit, Pusat Transformasi OKU (PTOKU), Dr. Mohd Zulkifli Abdul Rahim dan Imam Tua (1) Masjid Jamek Muhammadi, Ustaz Hairul Azizi.

Teks: Marlina Zahari, Foto: Muhamad Iqbal Bashah Ahmad Basha Ruddin

  • Created on .
  • Hits: 319