Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

KEELE UNIVERSITY LEBARKAN SAYAP KOLABORASI KE KAMPUS KESIHATAN USM

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 26 Jun 2023 - Universiti Sains Malaysia (USM), Kampus Kesihatan semalam menerima kunjungan delegasi Keele University yang diketuai oleh 'Programme Director (Human Biology and Pre-Master's in Biomedical Science)', Dr. Mirna Maarabouni serta ahli akademik yang terdiri daripada 'Dean of Education of the Faculty of Natural Sciences, Biomedical Science Programme Director', Glenn Hussey, 'School of Life Sciences (SLS) Director of Education', Dr. David Watson dan 'MSc of Biomedical Sciences Programme Director', Rebecca Harisson.

WhatsApp Image 2023 08 23 at 09.01.24 2

WhatsApp Image 2023 08 23 at 09.01.25

Sesi perbincangan antara delegasi Keele University bersama Ketua Jabatan dan Unit Pusat Pengajian telah diadakan di Dewan Persidangan Kampus bagi berkongsi kepakaran dan melihat potensi bidang yang boleh berkolaborasi antara kedua-dua universiti terutama dalam bidang bioperubatan, forensik, sains sukan, keselamatan makanan, nutrisi dan dietetik.

Delegasi Keele Universiti turut berhasrat mengadakan program pertukaran pelajar perubatan pada masa akan datang.

WhatsApp Image 2023 08 23 at 09.01.24

WhatsApp Image 2023 08 23 at 09.01.25 1

Delegasi Keele University seterusnya dibawa melawat ke Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG), Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) dan Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (INFORMM) bagi meninjau fasiliti pembelajaran, 'students learning centre' dan makmal-makmal penyelidikan.

Antara yang menjadi perhatian dalam sesi lawatan kali ini adalah makmal madu kelulut yang menyokong industri penternakan lebah kelulut secara moden untuk tujuan komersil dan kaedah kaedah kawalan mutu madu kelulut untuk penjanaan pendapatan yang lestari.

WhatsApp Image 2023 08 23 at 09.01.26 1

Lawatan ini diharap dapat menjadi platform terbaik bagi membuka lebih banyak peluang kolaborasi dalam pelbagai bidang baharu antara USM dan Keele University seterusnya meluaskan lagi penerokaan ilmu dalam bidang bidang berkaitan.

Turut hadir ialah Pengarah Kampus, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin; Pengarah INFORMM, Profesor Madya Dr. Aziah Ismail; Timbalan Dekan (Akademik, Kerjaya dan Antarabangsa), PPSP, Profesor Dr. Kamarul Aryffin Baharuddin; Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi), PPSP, Profesor Madya Dr. Asrenee Ab. Razak, Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi dan Libatsama Industri-Komuniti), PPSG, Profesor Madya Dr. Suharni Mohamad; Penyelaras Makmal Penyelidikan Berpusat PPSP, Profesor Dr. Chan Yean Yean dan Pengerusi Program Bioperubatan, PPSK, Profesor Madya Dr. Nurul Asma Abdullah.

  • Created on .
  • Hits: 217