KEJOHANAN FUTSAL JEMPUTAN USMKK FC 2024 PLATFOM LAHIRKAN BAKAT BAHARU DALAM KALANGAN STAF
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 6 Jun 2024 – Bagi melahirkan bakat-bakat baharu dalam kalangan staf Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) untuk bergiat aktif dalam sukan futsal, Kelab Bola Sepak USMKK telah menganjurkan Kejohanan Futsal Jemputan USMKK FC 2024 di Gelanggang Futsal Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan pada 3 Jun lalu.
Kejohanan yang disertai oleh 10 pasukan ini berakhir dengan PRIMER X BENDAHARI FC dinobatkan sebagai juara sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM300 manakala naib juara disandang NER’S FC dan membawa pulang wang tunai RM200 serta tempat ketiga milik bersama UNITED LAB dan PPK FT yang membawa pulang hadiah berupa hamper.
Pemain terbaik kejohanan disandang oleh Muhamad Amirul Aiman Rosdi daripada pasukan NER’S FC dan penjaga gol terbaik disandang oleh Aqil Asyraf Mohd Yusoff daripada pasukan PRIMER X BENDAHARI FC.
Perasmian dan penyampaian hadiah kejohanan telah disempurnakan oleh Penasihat Kejohanan Futsal USMKK FC 2024, Hafiz Assad Zakaria. Turut hadir ialah Presiden Kelab Bola Sepak USMKK, Mohd Yuzmuhaimizee Yaacob dan Pengerusi Futsal IPT USM, Shazrul Naim.
Sumber Laporan & Foto: Fauzi Idris
- Created on .
- Hits: 332