Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

KEM MPP DEDAH PERWAKILAN PELAJAR AGENDA PEMERKASAAN MAHASISWA USM

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 21 Mac 2023- Bagi menghasilkan pasukan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang berfikiran terbuka dan bersedia untuk melaksanakan amanah para pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA), Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan Kem Kepimpinan MPP Sidang Akademik 2022/2023 di Taman Rekreasi Dendong, Batu Melintang, Jeli pada 17 hingga 19 Mac lalu.
 e57ba779 255b 4995 87de 813ecf940e0c
 
fac0f54f 6575 4ea2 874f 2ea4b0d409db
 
4a0d811d 456e 435e 9893 62728562eef7
 
Seramai 37 peserta yang menyertai kem ini telah diberi pendedahan berkaitan agenda pemerkasaan mahasiswa dan semangat kerja berpasukan dalam kalangan MPP setiap kampus selain mengeratkan hubungan antara MPP dengan pegawai-pegawai BHEPA.
 
Bengkel ini sekaligus telah meningkatkan kefahaman peserta terhadap fungsi BHEPA dan struktur governan universiti serta membuka minda para peserta tentang pemerkasaan mahasiswa yang lebih menyeluruh agar pelaksanaan pemerkasaan mahasiswa mengikut acuan USM.
 
47ba5ec5 442b 4e80 aa0e 4d9471d1e0a5
 
e059099e 9a8c 42c1 a013 60a6aee85361
 
Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Profesor Dr. Azlinda Azman. Turut hadir ialah Pengarah Pusat Pembangunan Bakat, BHEPA Kampus Induk, Zulkifli Che Hussin; Timbalan Pendaftar, BHEPA Kampus Induk, Jelfariny Mohd Jelahni; Timbalan Pendaftar, BHEPA Kampus Kesihatan, Hafiz Assad Zakaria dan Penolong Pendaftar Kanan BHEPA Kampus Kejuruteraan, Mohd Hafiz Ali Mohd Anuar. 
 
Sumbangan Laporan & Foto: Khairul Ithma Mahdi
  • Created on .
  • Hits: 154