KEPAKARAN USM BANTU MODIFIKASI KERUSI RODA GOLONGAN OKU
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 16 Disember 2024 – Sebagai usaha membantu memudahkan pergerakan golongan orang kurang upaya (OKU), Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi Pusat Transformasi Orang Kurang Upaya USM- Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (PTOKU USM-MAIK) sekali lagi berkongsi kepakaran dalam perkhidmatan modifikasi kerusi roda sempena Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Kelantan bersama Koperasi Cakna OKU Kelantan pada 12 Disember lalu.
Program ini menggunakan kepakaran terapi carakerja dan perkhidmatan modifikasi kerusi roda yang ada di PTOKU USM-MAIK bagi memastikan kerusi roda dan alat bantuan berjalan yang betul dapat diberikan kepada para penerima.
Kerusi roda yang disumbangkan diharap memberi manfaat dan meningkatkan kualiti kehidupan OKU ke arah yang lebih baik.
Sumber Laporan & Foto: Dr. Mohd Zulkifli Abdul Rahim
- Created on .
- Hits: 111