Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

KESIHATAN ORAL ANAK YATIM: BJIM DAN PPSG AMBIL INSIATIF LAKSANAKAN PEMERIKSAAN PERGIGIAN

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 18 Februari 2024 – Menyedari pentingnya kesihatan gigi terutama dalam kalangan anak yatim dan golongan asnaf B40, Bahagian Jaringan Industri Masyarakat (BJIM) dan Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG), Universiti Sains Malaysia (USM) mengambil inisiatif menganjurkan Program Kesihatan Oral Anak Yatim: Pemerkasaan Kesihatan Pergigian yang Optimum melalui Modul E-Buku pada 3 Februari lalu.

a4cf5c32 2635 46bb 85ed 0a05c9c3326e

33697ada 27ea 4da4 a3f2 b41e18271502

Program ini bertujuan mengenal pasti masalah pergigian, memberi pendidikan oral, kesedaran dan maklumat kesihatan penjagaan serta rawatan kepada masalah yang dialami supaya anak-anak yatim dapat membuat penilaian kendiri kepada masalah oral mereka dan keperluan untuk berjumpa doktor pergigian bagi mendapatkan bimbingan atau rawatan mengikut kesesuaian agar kesihatan oral terjaga dan penyakit pergigian dapat dicegah demi meningkatkan kualiti hidup serta penampilan yang lebih menarik

Ini kerana, berdasarkan pemerhatian pakar selama hampir setahun bermula April tahun lalu terhadap penghuni Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Kelantan (YAATIM), kira-kira 80 peratus (%) anak yatim dan asnaf dalam kalangan B40 memerlukan rawatan susulan di Klinik Pergigian Hospital USM.

327ebd50 25e6 4830 9926 453ebfc859d2

d1f0d744 601d 43da bd12 1c348e371269

Melalui program ini juga, seramai tiga (3) orang wakil daripada pihak YAATIM telah dilatih sebagai ‘Trainee on Trainer’ (TOT) agar aktiviti pemindahan ilmu dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan aktiviti pemeriksaan gigi secara berkala dapat dilaksanakan oleh wakil yang telah dilatih.

Sumber Laporan & Foto: Dr. Norma Ab Rahman

  • Created on .
  • Hits: 285