Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

KLINIK PING PONG BERKERUSI RODA CUNGKIL BAKAT BAKAL ATLET OKU

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 6 Disember 2023 – Bagi memberi pendedahan kepada masyarakat setempat dan komuniti berkerusi roda mengenai sukan ping pong, Unit Perubatan Pemulihan Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) mengambil inisiatif menganjurkan Klinik Ping Pong Berkerusi Roda pada 4 Disember lalu.

22e0d82d a710 4817 a1a5 794801b30ae7

Bengkel yang dijalankan dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan serta Kelab Kebajikan Ortopedik Kelantan itu membuka peluang kepada golongan berkenaan untuk mempelajari peraturan dan teknik- teknik asas sukan ping pong berkerusi roda selain mencungkil bakat - bakat baharu bagi pembentukan pasukan ping pong berkerusi roda yang akan diketengahkan untuk mewakili Negeri Kelantan dan Malaysia.

d62360f0 1be0 4fd9 9173 ae5f4ed2f298

8fc31aea 8689 4ad3 ba12 433dddaab759

Selain itu, bengkel ini juga memberi peluang kepada Unit Perubatan Pemulihan untuk mengetengahkan pesakit yang dikenal pasti supaya terlibat dalam sukan seterusnya mencapai kehidupan yang berkualiti dan bergerak seiringan dengan komuniti lain tanpa rasa dipinggirkan.

f3b58ec1 ad85 4889 b56d f5f8ba48dad8

Bengkel ini juga adalah rentetan dari geran Kementerian Belia dan Sukan Negara melalui Dana Sukan Komuniti (DSK) yang mengupayakan peranan universiti sebagai rakan strategik dalam melaksanakan program pembangunan sukan untuk semua orang kelainan upaya (OKU) di peringkat komuniti dalam usaha mencapai pembangunan sukan negara secara bersama.

Sumber Laporan & Foto: Hasnetty Zuria Mohamed Hatta

  • Created on .
  • Hits: 244