USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 23 Julai 2023-Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Dato’ Dr. Zulkapli Mohamed serta delegasi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini singgah meninjau perkembangan Program Antarabangsa Doktor Perubatan USM-KLE.
KPPA meluangkan masa lebih satu (1) jam mendengar taklimat serta perbincangan bersama pengurusan Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), USM, khusus berkisar mengenai isu-isu kebajikan serta tajaan, khususnya bagi pelajar-pelajar USM-KLE tajaan JPA.
Kedua-dua belah pihak USM dan JPA kekal komited untuk sentiasa mengambil perhatian isu-isu kebajikan serta kesejahteraan pelajar kerana mereka merupakan aset negara dan bakal pemimpin masa hadapan.
Turut hadir ialah Pengarah Bahagian Perkhidmatan, JPA, Badurunhisam Mohd Nor; Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin; Dekan PPSP, USM, Profesor Dr. Abdul Razak Sulaiman; Timbalan-timbalan dekan PPSP, USM; Ketua Penolong Pengarah, Unit Komunikasi Korporat, JPA, Shahrul Nizam Mohd Tahir dan Pegawai Khas KPPA, Mohamad Shahir Jamaluddin.