Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

KPWKM - USM LANCAR PROGRAM TOLERANSI SIFAR KEGANASAN DAN ADVOKASI ANTIGANGGUAN SEKSUAL

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 11 November 2024 – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM) telah melancarkan Program Toleransi Sifar Keganasan @ Advokasi Antigangguan Seksual KPWKM Tahun 2024 bagi Zon Timur di Dewan Utama, Kampus Kesihatan USM, hari ini.

IMG 20241111 WA0023

IMG 20241111 WA0024

Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif KPWKM dalam menyebarkan kesedaran dan pendidikan kepada rakyat khususnya pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) mengenai isu keganasan dan gangguan seksual terhadap wanita.

IMG 20241111 WA0016

IMG 20241111 WA0018

IMG 20241111 WA0026

IMG 20241111 WA0025

Program bercorak jelajah yang akan menjelajahi seluruh negara ini dilaksanakan bagi menguatkan kesedaran masyarakat mengenai pentingnya toleransi sifar terhadap keganasan serta menggalakkan advokasi berterusan dalam menentang gangguan seksual. Turut disasarkan adalah usaha mendidik pelajar IPT mengenai cara menangani dan melaporkan kes-kes gangguan seksual serta menyebarkan maklumat berkaitan hak dan undang-undang yang melindungi mangsa keganasan.

IMG 20241111 WA0017

IMG 20241111 WA0021

IMG 20241111 WA0022

Program bagi Zon Timur ini dihadiri oleh para peserta dari negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat serta para pelajar IPT. Pelbagai aktiviti kesedaran dan sesi interaktif turut disediakan sepanjang program termasuk ceramah dan forum daripada pakar-pakar dalam bidang advokasi hak wanita dan isu-isu sosial. Beberapa taklimat turut disampaikan antaranya taklimat Antigangguan Seksual (AGS), Kenali Tribunal Antigangguan Seksual (TAGS), Kenali Jawatankuasa Teras Gangguan Seksual (JTGS) dan Jauhi Buli Siber.

IMG 20241111 WA0019

IMG 20241111 WA0020

Program ini juga diharap dapat membina masyarakat yang lebih selamat dan bebas daripada sebarang bentuk keganasan dan gangguan selain melengkapkan mereka dengan pengetahuan yang diperlukan dalam mengesan, mencegah dan menangani sebarang bentuk gangguan dan keganasan.

IMG 20241111 WA0027

Pelancaran program ini telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha KPWKM, Datuk Dr. Maziah Che Yusoff. Turut hadir ialah Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaiful Bahari Ismail; Ketua Pengarah, Jabatan Pembangunan Wanita KPWKM, Hanani Sapit, Ketua-ketua Agensi, Ketua-ketua Institusi dan ketua-ketua Jabatan USM.

Teks: Amyrulhan Azhari / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Hits: 227