Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

KRIS BESTARI DEKATI KOMUNITI PESISIR PANTAI TOK BALI

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 29 November 2022 - Program Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Prihatin, Komuniti Sejahtera (KRIS) anjuran 'Breast Cancer Awareness and Research Unit' (BestARi), Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Tok Bali bersama masyarakat B40 Pesisir Pantai Tok Bali dan survival kanser payudara telah berlangsung di Perkampungan Nelayan Tok Bali dan Permai Beach Resort pada 26 hingga 28 November lalu.

 

Program tersebut diadakan bertujuan untuk membangun, menyedia serta menilai program pendidikan kesihatan payudara bagi memastikan masyarakat setempat memahami konsep asas kesihatan diri dan kesejahteraan keluarga. Hampir 200 orang peserta menyertainya terdiri daripada warga LKIM Tok Bali dan survival kanser payudara.
 
SAVE 20221129 201940
 
SAVE 20221129 201947
 
Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan serta kesedaran masyarakat terhadap penyakit kanser payudara dalam usaha mengubah sikap sesetengah individu supaya melakukan saringan awal terhadap penyakit ini selain memperkasa amalan gaya hidup sihat bagi meningkatkan kesejahteraan keluarga.
 
SAVE 20221129 201931
 
SAVE 20221129 202002
 
Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah saringan klinikal kanser payudara, pemeriksaan ultrasound, konsultasi pakar dan aktiviti bersama survival kanser payudara. 
 
Sumber Laporan & Foto : Roslaini Che Romli
  • Created on .
  • Hits: 145