Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

KUNJUNGAN DELEGASI USM KE MAIK PERKUKUH KERJASAMA DEMI KEMASLAHATAN UMMAH

KOTA BHARU, KELANTAN, 14 Januari 2025 – Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) semalam untuk membincangkan jalinan kerjasama yang lebih erat dalam usaha memperkasakan zakat, infaq serta memperkukuh peranan hospital patuh syariah dan penyelidikan untuk kemaslahatan ummah.

IMG 20250114 WA0021

Delegasi USM yang diketuai oleh Pengarah Kampus Kesihatan, Profesor Dr. Shaiful Bahari Ismail disambut oleh Timbalan Yang Dipertua MAIK, Dato’ Haji Mohd Anis Hussein serta barisan pegawai kanan MAIK.

IMG 20250114 WA0023

IMG 20250114 WA0024

Antara fokus utama perbincangan adalah usaha untuk meningkatkan penyampaian zakat melalui pendekatan yang lebih sistematik dan efisien menerusi Pusat Islam USM. USM juga telah melaksanakan potongan gaji staf secara berpusat untuk pembayaran zakat.

IMG 20250114 WA0022

IMG 20250114 WA0025

Kunjungan ini juga mencerminkan USM sentiasa komited dalam memastikan zakat yang diterima dapat disalurkan dengan tepat kepada mereka yang memerlukan dan menepati golongan sasar. Usaha ini disambut baik oleh pihak MAIK yang menyatakan ini adalah langkah penting dalam memperkukuh institusi zakat di negeri Kelantan dan memastikan ianya memberi manfaat yang lebih meluas kepada umat Islam. Selain itu, kerjasama dalam aspek hospital patuh syariah juga selaras dengan visi MAIK untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang menepati kehendak syariah.

Turut hadir dalam kunjungan ini adalah Pengarah, Pusat Islam USM, Zayd Zhari; Timbalan Pengarah (Digital), Hospital Pakar USM, Dr. Ariffin Marzuki Mokhtar; Timbalan Pengarah, Pusat Islam, Kampus Kesihatan USM, Amira Abd Sattar @ Ismail; Timbalan Pendaftar, Pejabat Pengarah Kampus, Amyrulhan Azhari dan Pegawai Undang-undang, Kampus Kesihatan USM, Wan Amier Firdaus Wan Mohd Azaman @ Mohd Azman.

Teks/Foto : Muhamad Iqbal Bashah Ahmad Basha Ruddin

  • Created on .
  • Hits: 107