Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

KUNJUNGAN HORMAT RASUAH BUSTERS KE ATAS PENGARAH KAMPUS BINCANG USAHA PERANGI RASUAH

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 11 Ogos 2022 – Menyebarluas kesedaran dan pembinaan integriti untuk memulihkan sosio ekonomi negara dengan penglibatan secara langsung rakyat dalam pelbagai ekosistem antara misi kunjungan hormat dan temu mesra delegasi Rasuah Busters ke atas Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin, hari ini. 

SAVE 20220811 180000

Pertemuan dua hala yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Sinar Untuk Malaysia bagi pihak Rasuah Busters, Nurhayati Nordin, itu bertujuan membincang dan berkongsi idea berkenaan kempen anti rasuah bagi mewujudkan pensejajaran misi dalam membentuk sebuah negara berteraskan #NilaiMoralKarakterBangsa. 
 
SAVE 20220811 180231
 
Selain itu, ia juga bertujuan membentuk usaha kolaboratif yang mampu menambah nilai dalam program sedia ada dengan penglibatan kakitangan serta anggota masyarakat secara menyeluruh selain bertukar perspektif dan pandangan dalam mencari solusi terbaik bagi menggiat pemulihan negara ke arah Malaysia tanpa rasuah. 
SAVE 20220811 180629
 
SAVE 20220811 180434
 
Turut hadir dalam pertemuan ini ialah wakil-wakil jabatan Kampus Kesihatan USM sebagai tanda sokongan untuk bersama-sama bergerak membanteras rasuah.
  • Created on .
  • Hits: 130