LAWATAN PENANDA ARAS KPJ PERDANA SPECIALIST HOSPITAL KE HOSPITAL USM
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 11 Oktober 2022- Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menerima kunjungan delegasi dari KPJ Perdana Specialist Hospital yang mengadakan lawatan penanda aras untuk berkongsi maklumat berkaitan pengurusan Hospital Mesra Ibadah (HMI).
Lawatan ini diadakan memandangkan Hospital USM telah diiktiraf sebagai HMI oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan KPJ Perdana Specialist Hospital kini dalam perancangan untuk melaksanakan konsep HMI di hospital tersebut.
Ketibaan delegasi KPJ Perdana Specialist Hospital yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Zarawi Abdullah telah disambut oleh Pengarah Hospital USM, Dato' Profesor Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman bersama pengurusan Hospital USM.
Delegasi ini turut dibawa melawat ke wad-wad untuk melihat persekitaran hospital serta taklimat pelaksanaan HMI telah disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam, Pusat Islam USM, Amira Abd Sattar@Ismail.
Turut hadir ialah Timbalan Pengarah (Operasi) Hospital USM, Profesor Dr. Mohd Imran Yusof; Pengarah Perubatan KPJ Perdana Specialist Hospital, Mohd Nikman Ahmad dan Penyelaras Unit Sistem Pengurusan Hospital USM, Dr. Ariffin Marzuki Mokhtar.
- Created on .
- Hits: 356