Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

LAWATAN RASMI WAKIL KEELE UNIVERSITY KE KAMPUS KESIHATAN TINJAU PELUANG KOLABORASI

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 27 Julai 2022 -  Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), hari ini menerima kunjungan wakil dari Keele University, United Kingdom bagi menerokai kolaborasi baharu di antara dua universiti. 

 SAVE 20220727 135332
 
Lawatan kali ini membincangkan kerjasama antara Keele University dan Kampus Kesihatan USM dalam aspek akademik dan penyelidikan terutamanya di bidang Biologi Manusia dan Biomedikal. Perbincangan antara kedua universiti ini juga berfokuskan kepada penggunaan teknologi terkini dalam penyelidikan Biomedikal serta kerjasama strategik melibatkan pertukaran pelajar dan staf akademik termasuk lah usahasama utk perolehi geran antarabangsa berprestij. 
 
Kolaborasi USM dengan Keele University ini telah terjalin melalui Perjanjian Persefahaman yang dimeterai pada tahun 2017. 
 
SAVE 20220727 135313
 
Kunjungan Pengarah Program Sains Biologi Manusia, Fakulti Akademik dan Antarabangsa Keele University, Dr Mirna Mourtada - Maarabouni disambut oleh Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin. 
 
SAVE 20220727 135320
 
Turut hadir dalam perbincangan tersebut ialah Pengarah Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (INFORMM) Profesor Madya Dr. Aziah Ismail serta wakil  daripada ketiga-tiga pusat pengajian.
  • Created on .
  • Hits: 121