Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

MS ISO 15189: HOSPITAL USM ANJUR MAKMAL DIAGNOSTIK PERTINGKAT STANDARD KUALITI

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 23 Julai 2023 - Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) antara hospital terawal mengadakan Bengkel Versi Baharu MS ISO 15189:2022 sejak diperkenalkan pada akhir tahun lalu. 
 
WhatsApp Image 2023 08 22 at 20.57.52
 
Bengkel yang dianjurkan oleh pasukan pengurusan MS ISO 15189 Makmal Diagnostik USM diadakan bagi memastikan 10 makmal diagnostik di USM mencapai standard kualiti dan kompetensi sejajar dengan keperluan akreditasi. 
 
WhatsApp Image 2023 08 22 at 20.57.52 1
 
Bengkel ini turut disertai wakil-wakil dari makmal diagnostik seluruh negeri Kelantan antaranya Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Hospital Tanah Merah, Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai dan Makmal Kesihatan Awam Kota Bharu bagi meningkatkan pengurusan kualiti di makmal masing-masing.
 
WhatsApp Image 2023 08 22 at 20.45.21
 
ISO 15189:2022 merupakan gabungan standard ISO 9001 dan ISO 17025 yang khusus untuk makmal-makmal perubatan agar dapat menghasilkan keputusan pesakit atau diagnosis yang tepat dan berkualiti tinggi. Perubahan yang berlaku kepada beberapa klausa standard versi baharu ini adalah untuk memastikan penjagaan kualiti dalam semua proses dari setiap aspek prosedur pra-analisis, analisis dan post-analisis kerana setiap langkah prosedur makmal adalah kritikal untuk penjagaan pesakit.
 
WhatsApp Image 2023 08 22 at 20.56.22
 
Hadir merasmikan majlis penutupan bengkel ini ialah Pengarah Hospital USM, Dato’ Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman. Turut hadir ialah Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Akreditasi, Jabatan Standard Malaysia, Fariza Wan Abdullah; wakil pengurusan tertinggi MS ISO 15189 Makmal Diagnostik USM, Profesor Madya Dr. Wan Faiziah Wan Abdul Rahman dan Penyelaras Makmal-makmal Perubatan USM, Profesor Dr. Zeehaida Mohamed.
 
Sumber Laporan & Foto: Profesor Madya Dr. Wan Faiziah Wan Abdul Rahman
  • Created on .
  • Hits: 237