Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

ORANG AWAM DAN WARGA KAMPUS SAHUT SERUAN SEMPENA HARI DERMA DARAH SEDUNIA

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 15 Jun 2023 – Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin berpuas hati dengan prestasi Unit Perubatan Transfusi (UPT), Hospital USM yang terbukti menjadi antara yang terbaik seterusnya kekal sebagai pusat rujukan di Pantai Timur dalam bidang perubatan transfusi selaras dengan status Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (APEX) yang dizahirkan USM sejak 15 tahun lalu.

WhatsApp Image 2023 08 23 at 08.32.22

WhatsApp Image 2023 08 23 at 08.32.22 2

Sambutan Hari Derma Darah Sedunia@Hospital USM yang dianjurkan UPT semalam mendapat sambutan yang amat menggalakkan dalam kalangan komuniti setempat dan juga staf Kampus Kesihatan USM.

Program tersebut diadakan bertujuan untuk mengumpul dan menambah stok darah sedia ada bagi memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi untuk kegunaan pesakit serta meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan menderma darah.

WhatsApp Image 2023 08 23 at 08.32.23

 

Sejak penubuhannya pada awal tahun 1983, UPT yang dahulunya dikenali dengan nama Tabung Darah kekal sebagai unit terpenting dan tulang belakang Hospital USM.

Kini, UPT sedia menawarkan perkhidmatan sebagai pusat pengumpulan darah, komponen persediaan, ujian saringan darah, ujian keserasian darah bagi pembekalan darah kepada pesakit, pemprosesan dan penyimpanan stem sel serta perkhidmatan irradiasi sel darah merah kepada hospital-hospital di koridor Pantai Timur.

WhatsApp Image 2023 08 23 at 08.32.20

WhatsApp Image 2023 08 23 at 08.32.23 1

Program kali ini berjaya mengumpul sebanyak 103 beg darah dan para penderma melahirkan rasa gembira kerana dapat menyertai program seumpama ini untuk menyumbang terhadap kesiapsiagaan hospital dalam menyediakan bekalan darah yang mencukupi sepanjang masa.

Shaharum turut meluangkan masa menyantuni para perderma darah di samping menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada penderma yang terpilih.

Turut hadir ialah Ketua Unit UPT, Profesor Madya Dr. Rosnah Bahar.

  • Created on .
  • Hits: 165