Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

PEDULI DIA HIDUP SEJAHTERA: BESTARI DIDIK WARGA KAMPUS CAKNA KANSER

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 31 Oktober 2023 – Bagi meningkatkan kesedaran dan perkongsian ilmu mengenai penyakit kanser terutamanya kanser pangkal rahim dan ovari, Breast Cancer Awareness & Research Unit (BestARi) dengan kerjasama Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) dan Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) mengadakan Hari Terbuka BestARi bertemakan ‘Peduli Dia Hidup Sejahtera’ sempena bulan kesedaran kanser payudara, hari ini.

9be4eb6b 7a9d 45ef 8d0b ee2103fc810e

30efa586 5bde 4961 94d2 cdcf0d9148bd

Program ini bertujuan membantu staf dan pelajar Kampus Kesihatan agar lebih cakna mengenai kesihatan diri di samping mengetahui saluran yang betul untuk mendapatkan rawatan.

Program ini juga diharap menjadi penghubung dalam melestarikan kehidupan pesakit sebagai sebahagian nadi USM dan diadaptasi oleh pakar perubatan.

ccdccad5 e1cb 4cd0 b307 c7b0fd19bd30

0b71df40 bf6b 413d 8262 d9babca37d00

Pelbagai aktiviti diisi sepanjang program berlangsung antaranya ceramah kesihatan, saringan kesihatan, pameran berkaitan kanser, jualan amal, kuiz dan konsultasi perubatan.

49ce4a13 46d5 4127 ad22 c42aa3a134db

ac072de3 c67c 4f97 98c1 1efeb7706d28

af529c4e 5854 48f4 b594 b5700da5cfe6'

05ded63a e35d 47dd 850f 7682226b7c44

Hadir merasmikan program tersebut ialah Dekan PPSP, Profesor Dr. Abdul Razak Sulaiman. Turut hadir ialah Timbalan Pengarah (Klinikal), Hospital USM, Profesor Dr. Zaidi Zakaria; Penyelaras Klinikal BestARi, Dr. Wan Zainira Wan Zain; Pemangku Ketua Unit BestARi, Profesor Madya Dr. Wan Faiziah Wan Abdul Rahman dan Pengerusi Program Hari Terbuka BestARi, Profesor Madya Dr. Maya Mazuwin Yahya.

  • Created on .
  • Hits: 278