Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

PELAJAR BAHARU B40 TERHARU USM SUMBANG KIT KEPERLUAN ASAS SECARA PERCUMA

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 19 Oktober 2022 – Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) Kampus Kesihatan, menzahirkan keprihatinan untuk meringankan beban para pelajar yang tidak bekemampuan dengan menyediakan beberapa inisiatif bagi membantu pelajar-pelajar baharu kategori B40 (Kelompok B1) kemasukan Sidang Akademik 2022/2023. 

SAVE 20221019 205059

Program yang berlangsung di Pejabat BHEPA ini turut menyediakan beberapa barangan keperluan asas termasuk bantal, selimut, cadar, baldi, selipar, penyangkut pakaian dan lain-lain kepada 23 orang pelajar terpilih iaitu dua (2) daripada Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), dua (2) daripada Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG) dan 19 orang pelajar daripada Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK).  
 
SAVE 20221019 205107 
 
Kit keperluan asas ini berjaya dikumpulkan hasil sumbangan Pejabat Naib Canselor, BHEPA, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar, Pusat Islam, penaja-penaja luar dan badan-badan bukan kerajaan (NGO). 
 
SAVE 20221019 205051
 
Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Pengarah Kampus, Kampus kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin. Turut hadir Timbalan Pendaftar, BHEPA, Hafiz Assad Zakaria; Penolong Pendaftar Kanan, Khairul Ithma Mahdi dan Penolong Pendaftar merangkap Pegawai Kebajikan BHEPA, Kampus Kesihatan, Suha Eza Ibrahim. 
 
Teks : Muhd Zulkifli Zakaria / Foto : Abdul Hasib Abdul Rahman
  • Created on .
  • Hits: 139