PEMULIHAN PENDIDIKAN YANG SAKSAMA: PELAN HALA TUJU PENDIDIKAN TINGGI PASCA PANDEMIK
SEPANG, SELANGOR, 16 November 2023- Pandemik COVID-19 telah menganggu sistem pendidikan secara global dan ia membuktikan kepada dunia bahawa sistem pembelajaran pengajian tinggi juga terdedah kepada faktor luaran.
Pengerusi UNESCO dalam Ekuiti, Sosial Keadilan, dan Pendidikan Tinggi, Pengerusi Ekuiti Inovasi Global, Australia, Profesor Penny Jane Burke dalam ucaptama beliau semalam menyatakan banyak institusi pengajian tinggi mampu menyesuaikan diri dan menunjukkan daya tahan mengatasi wabak.
Namun, keperluan untuk melihat semula ekosistem pendidikan tinggi dalam pemulihan ke arah ketahanan dalam menghadapi sebarang cabaran yang mendatang.
Sektor pendidikan tinggi perlu melihat semula dasar sedia ada mampu meneruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar ia berjalan seperti biasa walaupun sedang menghadapi cabaran besar seperti pandemik.
- Created on .
- Hits: 215