PENDAFTAR TUNTUT KOMITMEN MENYELURUH PTU SEBAGAI TULANG BELAKANG PENTADBIRAN USM
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 12 Jun 2024 - Perjumpaan Pendaftar Universiti Sains Malaysia (USM) bersama Pegawai Tadbir Universiti (PTU) merupakan satu medium interaksi bagi menjelaskan dan menyeru pegawai menghayati peranan dalam memacu hala tuju universiti.
Bertempat di Bilik Persidangan, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Kampus Kesihatan USM, yang dihadiri hampir 40 orang PTU pelbagai gred, perjumpaan ini merupakan perjumpaan kali pertama Pendaftar, Mohd Azizudin Mohd Shariff dengan PTU Kampus Kesihatan selepas pelantikan beliau sebagai Pendaftar USM pada bulan April yang lalu.
Dalam perjumpaan yang diadakan petang semalam, Pendaftar menuntut komitmen yang menyeluruh daripada semua PTU terutamanya dari aspek governan, bakat dan sumber yang sememangnya signifikan dengan tugas sebagai seorang pentadbir.
Turut dibincangkan ialah sumbangan langsung PTU dalam memacu lima (5) teras APEX (Accelarated Programme for Excellence) termasuk menyelaras aktiviti akademik yang melibatkan PTU dalam aktiviti tahunan utama universiti.
Turut hadir ialah Timbalan Pendaftar Kanan, Jabatan Pendaftar, Noor Hayati Mohammad dan Timbalan Pendaftar Kanan, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Hafiz Assad Zakaria serta PTU daripada Pusat Tanggungjawab seluruh Kampus Kesihatan.
Teks: Muhamad Iqbal Bashah Ahmad Basha Ruddin /Foto: Unit Fotografi UKAST
- Created on .
- Hits: 265