Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

PENGARAH KAMPUS KESIHATAN USM TERIMA WATIKAH KENAIKAN PANGKAT KOLONEL BERSEKUTU APM

KOTA BHARU, KELANTAN, 28 Januari 2025 – Pengarah Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Shaiful Bahari Ismail, menerima watikah pelantikan kenaikan pangkat dari Leftenan Kolonel Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kepada Kolonel Bersekutu APM dalam Majlis Perhimpunan Setia, Amanat Tahun 2025, Penyampaian Watikah, Pingat dan Reben Perkhidmatan APM Negeri Kelantan, hari ini.

IMG 20250128 WA0020

IMG 20250128 WA0021

Kenaikan pangkat tersebut mencerminkan sumbangan besar beliau dalam memperkukuh peranan APM khususnya melalui Kor Siswa-Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) USM. Majlis yang berlangsung di Dewan Jubli Perak, Politeknik Kota Bharu itu disempurnakan oleh Pengarah APM Negeri Kelantan, Kolonel (PA) Mohd Adzhar Mujab.

IMG 20250128 WA0022

IMG 20250128 WA0023

Keanggotaan Kor SISPA USM kini seramai 96 orang manakala Pegawai Bersekutu APM adalah seramai 14 orang menunjukkan penglibatan aktif USM dalam menyokong misi pertahanan awam di peringkat negeri dan kebangsaan.

IMG 20250128 WA0025

IMG 20250128 WA0026

Mejar Bersekutu (PA) Mohd Norzulhairie Othman yang juga Ketua Pegawai Psikologi, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Kampus Kesihatan USM turut menerima watikah pelantikan dalam majlis yang sama.

IMG 20250128 WA0024

Turut hadir dalam majlis ini ialah Kapten Bersekutu (PA) Khairul Ithma Mahdi, Kapten Bersekutu (PA) Asheef Barkhia Yahya dan Kapten Bersekutu Wan Amier Firdaus Wan Mohd Azaman.

Teks: Muhd Zulkifli Zakaria / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Hits: 197