Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

PENGARAH KAMPUS SANTUNI WARGA PPSG

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 30 Januari 2023 - Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin, hari ini turun meluangkan masa beramah mesra bersama warga Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG) dalam program 'Pengarah Kampus Bersama PPSG'.

IMG 20230130 WA0068

IMG 20230130 WA0070
 
Dalam perjumpaan tersebut, Shaharum menjelaskan peri penting untuk warga PPSG sentiasa fokus dalam melaksanakan tugas, tekun dan fokus dalam tugas hakiki serta sentiasa mengamalkan budaya kerja cemerlang agar dapat memantapkan lagi pencapaian pusat tanggungjawab (PTJ) amnya serta USM secara keseluruhannya.
 
IMG 20230130 WA0071
 
IMG 20230130 WA0069
 
Shaharum juga menjelaskan tentang pelan gerak kerja semua peringkat dalam memastikan agenda Apex terlaksana dan sentiasa dipacu. 
 
Kesempatan program itu juga dimanfaatkan warga PPSG untuk mengutarakan pandangan dan pendapat berkaitan keperluan penambahbaikan infrastruktur dan prasarana yang terdapat di PPSG.
 
Turut hadir dalam program tersebut ialah Pemangku Dekan PPSG, Profesor Madya Dr. Mohd Fadhli Khamis; Timbalan Dekan, Akademik Kerjaya dan Antarabangsa, Profesor Madya Dr. Norkhafizah Saddki; Timbalan Dekan, Penyelidikan, Inovasi dan Libatsama Industri-Komuniti, Profesor Madya Dr. Suharni Mohamad dan barisan Pengerusi Program PPSG.
  • Created on .
  • Hits: 230