Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

PENILAIAN BERTERUSAN PEMATUHAN MAKMAL PERUBATAN HOSPITAL USM MS ISO 15189

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 7 November 2023 - Audit Pemantauan MS ISO 15189 telah dijalankan oleh Jabatan Standard Malaysia (JSM) pada 1 dan 2 November lalu ke atas tujuh (7) Makmal Perubatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM).

IMG 20231107 WA0032

Audit Pemantauan ini dijalankan bertujuan menilai dan melihat sejauh mana pelaksanaan serta pematuhan oleh pihak makmal terhadap semua keperluan yang terkandung dalam klausa piawaian MS ISO 15189.

IMG 20231107 WA0030

Proses pengauditan dijalankan oleh Ketua Penilai, Fariza Wan Abdullah bersama tujuh (7) penilai teknikal melibatkan Makmal Hematologi, Unit Perubatan Transfusi, Makmal Mikrobiologi dan Parasitologi Perubatan, Makmal Patologi, Makmal Imunologi, Makmal Genetik serta Makmal Patologi Oral.

IMG 20231107 WA0031

Kesemua hasil penemuan ketidakpatuhan serta cadangan penambahbaikan telah dibentangkan oleh pasukan penilai JSM pada majlis penutup audit yang turut dihadiri Timbalan Pengarah (Operasi) Hospital USM, Profesor Dr. Mohd Imran Yusof; Timbalan Dekan (Libatsama Industri – Komuniti dan Pembangunan), Profesor Dr. Wan Hazabbah Wan Hitam mewakili Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan; Ketua Perkhidmatan Pengurusan Risiko dan Keselamatan Pesakit, Unit Klinikal Hospital USM, Dr. Juhaida Daud dan wakil Pengurusan MS ISO 15189 Hospital USM, Profesor Madya Dr. Wan Faiziah Wan Abdul Rahman.

IMG 20231107 WA0029

IMG 20231107 WA0028

Tahniah diucapkan kepada semua kakitangan Makmal Perubatan Hospital USM yang telah bertungkus-lumus melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan cemerlang serta memberi sepenuh komitmen sepanjang sesi audit dijalankan.

Sumber Laporan & Foto: Profesor Madya Dr. Wan Faiziah Wan Abdul Rahman

  • Created on .
  • Hits: 347