PERALIHAN TUGAS PENGARAH KAMPUS, KAMPUS KESIHATAN USM LANCAR
Pemimpin silih berganti, namun perjuangan meneruskan legasi kecemerlangan kepimpinan di Kampus Kesihatan diteruskan jua.
Tugas dan tanggungjawab besar perlu digalas bagi memacu kecemerlangan Kampus Kesihatan di samping memastikan agenda universiti terlaksana.
Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin yang baru-baru ini dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni), Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini secara rasmi membuat penyerahan tugas kepada Profesor Dr. Shaiful Bahari Ismail yang menggalas amanah selaku Yang Menjalankan Fungsi Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan berkuat kuasa 19 Disember 2023 sehingga Pengarah Kampus yang baharu dilantik.
Biar jasa jadi kenangan,
Biar budi jadi sanjungan,
Selagi hayat dikandung badan,
Jasa baktimu tetap dikenang.
Seluruh warga Kampus Kesihatan USM merakamkan penghargaan dan terima kasih serta mendoakan segala urusan kedua-dua pemimpin ini dipermudahkan.
- Created on .
- Hits: 459