Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

PERKUKUH JARINGAN KERJASAMA ANTARA IPT MENERUSI SUKAN

 
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 18 Julai 2023 – Sebagai salah satu usaha memperkukuh jaringan kerjasama melalui sukan antara staf institut pengajian tinggi (IPT), Universiti Sains Malaysia (USM) mengambil inisiatif menganjurkan Kejohanan Tenpin Boling Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS) Pantai Timur 2023 pada 11 hingga 13 Julai lalu.
 
WhatsApp Image 2023 08 22 at 20.41.11 3
 
Kejohanan yang berlangsung di Lite Superbowl JB7, Pasar Raya Mydin, Tunjong itu disertai oleh Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kuantan, Politeknik Kota Bharu dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Machang.
 
WhatsApp Image 2023 08 22 at 20.41.11
 
Pasukan boling USM Kampus Kesihatan turut memberi saingan sengit kepada pasukan lain dan berada pada kedudukan lima (5) teratas dalam acara yang dipertandingkan manakala Che Suhailah A. Rahman merangkul gelaran juara bagi acara Master Wanita. 
 
WhatsApp Image 2023 08 22 at 20.41.11 2
 
WhatsApp Image 2023 08 22 at 20.41.11 1
 
Dekan Pusat Pengajian Sains Pergigian, Profesor Madya Dr. Mohd Fadhli Khamis hadir menyampaikan hadiah dan perasmian penutupan kejohanan mewakili Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM. 
 
Sumber Laporan & Foto : Jawatankuasa Kejohanan Tenpin Boling IPTA/IPTS Pantai Timur 2023.
  • Created on .
  • Hits: 181