Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

PERUBATAN REGENERATIF: HARAPAN BAHARU DALAM PERAWATAN PESAKIT

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 8 Julai 2024 - Kakitangan akademik, klinikal serta penyelidik Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) berpeluang mengikuti sesi perkongsian oleh wakil Cell101 International Sdn. Bhd. bertajuk ‘The Future of Regenerative Medicine' di Bilik Tutorial A, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), pada 4 Julai lalu.

IMG 20240708 WA0005

Perkongsian oleh dua (2) orang panel iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Cell101 International Sdn. Bhd., Dr. Shorubben Chinnatomy dan Perunding Perniagaan, Cell101 International Sdn. Bhd., Dato’ Dr. Halim Huzgo mengupas pelbagai isu serta masa hadapan rawatan menggunakan kaedah perubatan regeneratif.

IMG 20240708 WA0006

Perubatan regeneratif ialah cabang sains perubatan yang baru muncul, berkaitan dengan pemulihan fungsi tisu atau organ untuk pesakit yang mengalami kecederaan teruk atau penyakit kronik. Sel yang berperanan dalam perubatan regeneratif di klasifikasikan kepada sel stem dan sel yang bukan berasaskan sel stem. Sel stem boleh diperoleh daripada pelbagai tempat dalam badan manusia sebagai contoh, dari sum-sum tulang, tisu placenta, tisu lemak, darah tali pusat dan sebagainya tetapi jumlah dapatannya agak terhad. Manakala contoh jenis sel yang bukan berasakan sel stem adalah sel imun, sel fibroblas atau plasma kaya platlet.

IMG 20240708 WA0007

Terapi berasaskan sel stem adalah komponen utama dalam perubatan regeneratif. Pembaharuan semula tisu tanpa batas dan berpotensi untuk membezakan kepada jenis sel lain adalah fungsi sel stem. Terapi menggunakan sel stem adalah penunjuk kearah kemajuan dalam perubatan regeneratif. Saintis telah menunjukkan terapi menggunakan sel stem atau derivatifnya dapat merangsang proses penyembuhan badan seseorang dan membaiki tisu yang rosak, berpenyakit atau cedera. Di Malaysia, hematopoietik sel stem adalah jenis sel stem yang paling kerap digunakan dalam perawatan pesakit. Terapi pemindahan sel stem hematopoietik adalah rawatan perubatan yang diguna secara meluas dalam beberapa penyakit hematologi seperti penyakit Leukemia, Limfoma atau ‘multiple meiloma’.

IMG 20240708 WA0009

Berdasarkan data penyelidikan, perubatan regeneratif turut memberi harapan baharu kepada penyakit yang sukar diubati pada masa ini seperti jenis kanser tertentu, Parkinson, Alzheimer, rawatan luka pesakit diabetes dan keadaan jantung kronik.

IMG 20240708 WA0008

Sesi perkongsian yang dikendalikan oleh Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi), PPSP USM, Profesor Madya Dr. Asrenee Ab. Razak itu turut dihadiri oleh Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaiful Bahari Ismail.

Teks: Profesor Dr. Rosline Hassan & Rosalwani Che Soh@ Yusoff / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Hits: 250