PPBNC TURUN PADANG SAMPAIKAN KIT BANTUAN BEKALAN MAKANAN
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 9 Januari 2024 – Pusat Pengurusan Banjir ‘Nerve Centre’, Kampus Kesihatan (PPBNC), Universiti Sains Malaysia (USM) turun padang menyantuni staf Kampus Kesihatan USM yang terkesan banjir di daerah Tumpat dalam satu Program Lawatan Pasca Banjir pada 6 Januari lalu.
PPBNC menyampaikan kit bekalan makanan kepada beberapa staf Kampus Kesihatan yang terkesan banjir di Kampung Bendang Pa’yong dan Kampung Kajang Sebidang ekoran benteng Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok di Kampung Lanchang pecah sepanjang 20 meter menyebabkan air naik secara mendadak.
Pasukan sukarelawan PPBNC melihat sendiri kemusnahan yang dialami staf dan berharap agar semua pihak sentiasa bersedia menghadapi musim banjir terutama bagi mereka yang berada di kawasan yang mudah ditenggelami air.
Turut menyertai ialah barisan staf Bilik Gerakan Banjir, Unit Kejururawatan, Unit Klinikal dan Jabatan Keselamatan, Kampus Kesihatan USM.
Sumber Laporan & Foto : Siti Syazni Zulkifli
- Created on .
- Hits: 205