Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

PPSP KOORDINASI KONTINJEN USM SERTAI PERBARISAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN PERINGKAT NEGERI KELANTAN

KOTA BHARU, KELANTAN, 31 Ogos 2023 - Sambutan ulang tahun kemerdekaan merupakan cerminan kasih serta cinta seluruh rakyat kepada negara.
 
IMG 20230831 WA0010
 
IMG 20230831 WA0007
 
Kibaran Jalur Gemilang, bendera kebanggaan negara serta laungan Merdeka bersama tanpa mengira agama dan bangsa serta fahaman politik membuktikan bahawa Malaysia kaya dengan semangat patriotisme dalam kalangan rakyatnya.
 
IMG 20230831 WA0008
 
IMG 20230831 WA0013
 
Kontinjen Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) turut menyertai perbarisan dan perarakan kontinjen kemerdekaan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-66 Peringkat Negeri Kelantan yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, semalam.
 
IMG 20230831 WA0011
 
IMG 20230831 WA0012
 
Kontinjen Kampus Kesihatan USM kali ini dikoordinasi oleh Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) dengan kekuatan pasukan seramai 35 orang menyertai perarakan membabitkan pelbagai agensi dari seluruh negeri Kelantan. 
 
IMG 20230831 WA0009
 
Turut diselitkan dalam perarakan kontinjen USM ialah advokasi kesihatan iaitu mesej gaya hidup sihat sebagai identiti Kampus Kesihatan kepada hampir 8,000 pengunjung.
 
Turut hadir ke upacara perbarisan ialah Dekan PPSP, Profesor Dr. Abdul Razak Sulaiman; Penolong Pendaftar Kanan PPSP yang juga Penyelaras Perbarisan, Mohamad Iqmal Mathlan; Pembantu Keselamatan, Jabatan Keselamatan Kampus Kesihatan yang juga Ketua Kontinjen, Mohd Asmawi Omar serta pegawai dan staf dari pelbagai Pusat Tanggungjawab Kampus Kesihatan USM.
  • Created on .
  • Hits: 316