Tanggal 14 Jun setiap tahun diisytiharkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai ‘World Blood Donors Day’. Di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga mengiktiraf sepanjang bulan Jun sebagai Bulan Penderma Darah Kebangsaan.
Sebagai antara pengisiannya di peringkat Hospital USM bagi tahun 2022, Unit Perubatan Transfusi (UPT) dengan kerjasama Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) serta Yayasan Kaseh Kanser dan Kronik (YKKK) telah menganjurkan Program Derma Darah Mega pada 2 Julai lalu bertempat di Mydin Mall, Tunjong.
Turut menerima sokongan serta pembiayaan menerusi Program Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Prihatin Komuniti Sejahtera (KRIS) serta beberapa penaja, program tersebut berjaya menarik lebih 100 penderma dalam kalangan jemputan oleh pihak penganjur dan pengunjung pusat membeli belah berkenaan.
Bekalan darah sentiasa diperlukan di semua hospital. Agensi serta orang ramai diseru untuk tampil menderma bagi kelansungan perawatan kepada pesakit yang memerlukan.
@MPRCKK2022