Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

PROGRAM KHATAN PERDANA MASJID MUKIM KAMPUS KESIHATAN MERIAH

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 14 Disember 2022 – Pusat Islam, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Yayasan Raja Shamri, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Rumah Ronald McDonald (RRM) dan Hospital USM telah menganjurkan Program Khatan Perdana Masjid Mukim Kampus Kesihatan (Sunathon 2022), hari ini.

SAVE 20221214 162403

SAVE 20221214 161129
 
SAVE 20221214 161150
 
Seramai 105 orang peserta terdiri daripada anak-anak golongan asnaf, anak-anak staf USM dan anak kariah masjid diarak ke Dewan Utama untuk menjalani proses berkhatan. Para peserta terlebih dahulu dimandikan beramai-ramai dengan semburan air oleh pihak bomba bagi meredakan ketakutan di samping mengembirakan kanak-kanak yang terlibat dengan program ini.
 
SAVE 20221214 161106
 
SAVE 20221214 161135
 
SAVE 20221214 162355
 
SAVE 20221214 161122
 
Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Hospital USM, Profesor Dato’ Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman mewakili Pengarah Kampus. Turut hadir ialah Pengerusi Eksekutif Yayasan Raja Shamri, Raja Shamri Raja Husin, Timbalan Pengarah, Pusat Islam Kampus Kesihatan, Amira Abd. Sattar dan Pengurus RRM, Hospital USM, Nurul Wahida Harun.
  • Created on .
  • Hits: 246