Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

PROGRAM KKKK KOMITED LAHIRKAN PEGAWAI PERUBATAN BERTERAS KOMUNITI

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 6 Ogos 2024 - Bagi melahirkan pegawai perubatan yang berorientasikan komuniti pada masa hadapan, seramai 139 pelajar perubatan menyertai Program Kajian Komuniti dan Kes Keluarga (KKKK), pada 30 Julai lalu.

Program menginspirasikan ‘Service Learning’ Malaysia - University for Society (SULAM) yang diterapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah diadakan di Dewan Orang Ramai, Kompleks Penggawa Semerak, Pasir Puteh.

WhatsApp Image 2024 08 06 at 12.01.19 PM 1

Melalui program ini, para pelajar tahun tiga (3) Program Doktor Perubatan, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), USM diberi peluang mempelajari faktor-faktor penentu taraf kesihatan komuniti melalui kajian dan penempatan di lima (5) mukim iaitu Air Tawar, Kuala Semerak, Cherang Ruku, Dalam Rhu, dan Telaga Papan.

WhatsApp Image 2024 08 06 at 12.01.20 PM

Mereka juga diberi pendedahan bagi merancang dan melaksanakan projek-projek intervensi bersesuaian untuk menangani masalah kesihatan yang dikenal pasti dalam komuniti selain mengetengahkan sesi perkongsian pengetahuan dan kemahiran tentang penjagaan kesihatan, pencegahan penyakit serta amalan hidup sihat.

WhatsApp Image 2024 08 06 at 12.01.19 PM

Selain itu, para pelajar turut memperoleh pengalaman praktikal dalam menangani kes-kes kesihatan sebenar dan memahami cabaran yang dihadapi oleh masyarakat di samping dapat meningkatkan kemahiran profesional mereka.

WhatsApp Image 2024 08 06 at 12.01.20 PM 1

Program ini juga dilihat dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang penjagaan kesihatan yang betul, pencegahan penyakit dan amalan hidup sihat serta kesejahteraan keluarga.

WhatsApp Image 2024 08 06 at 12.01.20 PM 2

WhatsApp Image 2024 08 06 at 12.01.18 PM

WhatsApp Image 2024 08 06 at 12.01.21 PM

Penganjuran program ini diharap dapat membantu mengukuhkan hubungan antara USM dan komuniti setempat selain membuka peluang untuk kerjasama lebih lanjut pada masa akan datang dalam projek-projek komuniti dan penyelidikan.

Sumber Laporan & Foto: Sekretariat Program Kajian Komuniti dan Kes Keluarga (KKKK), PPSP USM

  • Created on .
  • Hits: 188