Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

PROGRAM SENYUMAN ABADI TINGKATKAN KESEDARAN KESIHATAN MULUT WARGA EMAS

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 27 Oktober 2024 – Dalam usaha memperkasa kesihatan mulut warga emas, Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG), Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Kemumin, Pengkalan Chepa menganjurkan program Senyuman Abadi: Pemerkasaan Kesihatan Mulut Warga Emas di Pusat Aktiviti Warga Emas Kemumin, Pengkalan Chepa pada 24 Oktober lalu.

1000082998

Program yang dilaksanakan sempena sambutan Hari Warga Emas itu disertai 60 orang peserta bertujuan mewujudkan kesedaran dalam kalangan warga emas mengenai penjagaan kesihatan mulut.

1000083004

Ianya dilaksanakan melalui inisiatif program libatsama universiti komuniti di bawah Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) USM dengan kerjasama Klinik Gigi Dr. Emma Saz dan Klinik Pergigian La Dentista yang turut menjadi rakan penaja.

1000083002

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program adalah ceramah kesihatan pergigian, pameran, pemeriksaan pergigian percuma dan latihan interaktif yang memberi penekanan kepada amalan menjaga kebersihan gigi dan gusi.

1000083006

Di samping itu, warga emas yang hadir turut berpeluang menjalani saringan kesihatan asas yang disediakan oleh pasukan dari Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa.

1000083000

Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Dekan Pascasiswazah dan Antarabangsa PPSG USM, Profesor Madya Dr. Yanti Johari. Turut hadir ialah Pengerusi PAWE Kemumin, Dato’ Roomai Nor Ali dan Ketua Program, Dr. Mohammad Majduddin Sulaiman.

Sumber Laporan: Dr. Mohammad Majduddin Sulaiman/ Foto: Unit Fotografi UKAST

  • Created on .
  • Hits: 203