KUBANG KERIAN, KELANTAN, 28 Julai 2022 - Persatuan Sains Pergigian (PSG), Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG), Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Global Environment Centre (GEC) mengambil inisiatif menganjurkan Projek Kitar Semula 'Smart Ranger' dalam memberi kesedaran awal kepada murid sekolah rendah berkaitan cara mengitar semula bahan terbuang.


Projek ini melibatkan seramai 22 orang pelajar PPSG dan tiga (3) orang pensyarah bagi membantu 20 orang murid dari Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian (1) dan Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian (2) melaksanakannya.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah Penerangan Modul Latihan 'Smart Ranger' oleh GEC, 'The Art of Recycling', Candle Making dan 'Composting'.