Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS PUPUK SIKAP PENYAYANG

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 27 November 2024 - Bagi memupuk sikap penyayang dalam kalangan murid pendidikan khas, Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG), Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) Lati, Pasir Mas telah menganjurkan Program Amalan Guru Penyayang dan Sambutan Hari Kanak-kanak 2024/2025 di sekolah terbabit pada 21 November lalu.

IMG 20241127 WA0032

Program itu bertujuan membentuk sikap penyayang dalam kalangan murid-murid berkeperluan khas (MBPK) terhadap rakan, guru dan seluruh warga sekolah selain menerapkan nilai terpuji dan budaya berbudi bahasa dalam kalangan MBPK.

IMG 20241127 WA0033


Seramai 120 peserta menyertai program terbabit yang turut disertai murid, guru-guru dan ibu bapa yang turut didedahkan dengan amalan modal insan dan mengamalkan nilai-nilai terpuji dalam diri.

IMG 20241127 WA0031

Selain itu turut diketengahkan ialah amalan penjagaan kesihatan oral yang merangkumi penjagaan kebersihan gigi dan latihan memberus gigi serta penggunaan teknologi digital melalui aplikasi pendidikan kesihatan.

IMG 20241127 WA0034

Program ini juga merupakan insiatif dana Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang disalurkan menerusi Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat USM serta turut mendapat kerjasama dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Mas.

Sumber Laporan: Dr. Noor Huda Ismail/ Foto: Profesor Madya Dr. Raja Azman Raja Awang

  • Created on .
  • Hits: 182