Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

SANTUNI MURID ORANG ASLI: USM BERI PENDEDAHAN ASPEK KEBERSIHAN TANGAN

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 14 Mac 2024 – Sebagai usaha mencegah jangkitan masalah kebersihan tangan dalam kalangan murid orang asli, Jabatan Mikrobiologi dan Parasitologi Perubatan, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengadakan Program Pemerkasaan Kesihatan Kanak-kanak Orang Asli dalam Aspek Kebersihan Tangan Menggunakan Modul ‘No Germs on Me for Aboriginal Kids’ pada 10 Mac lalu.

WhatsApp Image 2024 03 14 at 14.42.41 2
Program yang berlangsung selama dua hari di Sekolah Kebangsaan Pasir Linggi, Gua Musang itu antara lain bertujuan meningkatkan kesedaran kebersihan cucian tangan dalam kalangan murid orang asli supaya menjadikan cucian tangan yang betul sebagai amalan harian dan mencegah penyakit berjangkit dalam kalangan mereka.

WhatsApp Image 2024 03 14 at 14.42.41 1

WhatsApp Image 2024 03 14 at 14.42.41
Program dengan kerjasama Unit Kawalan Jangkitan dan Epidemiologi, Hospital USM itu adalah hasil inisiatif geran komuniti tajaan Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) USM.

Semasa wabak COVID-19 melanda negara beberapa tahun lalu, murid-murid pernah diajar untuk melakukan cucian tangan. Walau bagaimanapun, disebabkan aktiviti tersebut telah lama dijalankan dan menggunakan pendekatan yang biasa sebagaimana murid-murid biasa, murid-murid orang ssli ini telah lupa dan tidak lagi mempraktikkan amalan cucian tangan yang betul.

WhatsApp Image 2024 03 14 at 14.42.40 1
Dengan adanya modul pengajaran cucian tangan ‘No Germs on Me for Aboriginal Kids’, kaedah yang diterapkan lebih sesuai dan boleh dipraktikkan serta dapat dijadikan amalan yang berterusan. Modul ini dilengkapi dengan maklumat bergambar mengenai kehidupan dalam persekitaran hutan supaya ia lebih dekat dengan jiwa dan kehidupan seharian mereka. Selain itu, nota yang dibekalkan berbentuk ‘handbook’, bergambar, menggunakan Bahasa Batek dan tidak terlalu sukar untuk diingati.

WhatsApp Image 2024 03 14 at 14.42.40
Sumber Laporan & Foto: Dr. Tuan Noorkorina Tuan Kub

  • Created on .
  • Hits: 409