SEMINAR POCT BERI KEFAHAMAN TENTANG ANALISA ‘ARTERIAL BLOOD GAS’
USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 18 Julai 2022 - Jabatan Patologi Kimia dan Unit Klinikal Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Radiometer Malaysia telah menganjurkan Seminar ‘On Point of Care Testing (POCT) - Blood Gas Analyser User Training’ Hospital USM, hari ini.
Seminar tersebut bertujuan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan POCT dalam analisa Arterial Blood Gas (ABG) serta memberi kefahaman bagaimana analisa ABG dijalankan, memberi latihan kepenggunaan dan ‘troubleshooting’ kepada penggunaan selain memberi kesedaran tentang kepentingan kawalan kualiti bagi ujian ABG.

Seminar POCT ini telah dirasmikan oleh Pengarah Hospital USM, Dato' Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman dan dihadiri kira-kira 50 orang peserta terdiri daripada Pegawai Perubatan, Jururawat dan Juruteknologi Makmal Perubatan.
Para peserta diharap dapat memanfaatkan sepenuhnya ilmu yang diperolehi serta memberi khidmat yang berkualiti dan terbaik untuk pesakit-pesakit di Hospital USM. Seminar ini juga akan diadakan secara berterusan pada masa akan datang bagi memastikan perkhidmatan yang berkualiti dan memenuhi keperluan penggunaan POCT.
- Created on .
- Hits: 158