Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

SERAHAN BUKU PELAPORAN KRIS AGENDA UTAMA KUNJUNGAN HORMAT WAKIL HOSPITAL USM KE KPT

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 23 Februari 2023 – Pengurusan Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) menyerahkan Buku Pelaporan Program Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Prihatin, Komuniti Sejahtera (KRIS) bagi tahun 2021 dan 2022 sempena sesi kunjungan hormat ke KPT, semalam.

Dalam kunjungan yang dianjurkan oleh Bahagian Governan (IPTA), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) itu, turut diadakan sesi pembentangan laporan program KRIS 2021/2022 dan perancangan program KRIS bagi tahun 2023.

8c85869f 4cfd 4eb4 bf6d cde84c345ea1

42c317c0 d164 40cf 8293 63dfeac34468

Hospital USM merupakan Hospital Pengajar Universiti (HPU) pertama mengadakan sesi seumpama itu bagi membuktikan kesungguhan dalam merealisasi hasrat KPT memberi kesedaran penjagaan kesihatan dalam komuniti khususnya golongan sasaran B40 dan berkeperluan khas menerusi kepakaran yang ada.

Selain itu, penganjuran program KRIS juga diharap dapat menjadi platform mengenal pasti anak-anak yang bersesuaian untuk dimasukkkan dalam Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (SULUNG) sebagai salah satu inisiatif KPT bagi memberi peluang kepada pelajar B40 menjadi individu pertama dalam keluarga menjejakkan kaki ke menara gading.

d8597e1e 56eb 4f1b 87b6 58eab02676ed

Turut hadir dalam sesi tersebut ialah Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Profesor Dato’ Dr. Husaini Omar; Pengarah Hospital USM, Dato’ Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman; Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Penyelidikan dan Antarabangsa), Ahmad Rizal Adnan; Timbalan Pengarah (Klinikal) merangkap Pengerusi KRIS Hospital USM, Profesor Madya Dr. Zaidi Zakaria serta barisan pengurusan JPT dan Hospital USM.

Sumber Laporan & Foto : Dr. Norhayati Mohamad

  • Created on .
  • Hits: 146