USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 14 Disember 2022 - Prihatin akan peri pentingnya bekalan darah yang sentiasa mencukupi, khususnya pada musim tengkujuh, warga Jabatan Perubatan, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) tampil menderma darah menerusi program 'Blood Donation Drive 2023' pada 12 Disember lalu.

Program dengan kerjasama Unit Kejururawatan serta Unit Perubatan Transfusi (UPT) itu telah berjaya mengumpul 81 orang penderma terdiri daripada 36 petugas kesihatan, 15 pelajar perubatan serta 30 orang awam.


Program tahunan ini kembali dilaksanakan pada tahun ini selepas terhenti dua (2) tahun ekoran pandemik COVID-19. Semoga program seumpamanya menjadi contoh kepada masyarakat umum betapa perlunya mereka tampil menderma darah bagi membantu pesakit yang memerlukan.
Sumber Laporan & Foto: Norhayati Mohamad