Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

SOLAT HAJAT DAN TAZKIRAH PEMBUKA TIRAI TAHUN BAHARU 2025

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 1 Januari 2025 – Sebagai usaha memulakan tahun baharu 2025 dengan penuh keberkatan dan kerahmatan, Pusat Islam, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan Majlis Solat Hajat dan Tazkirah di Masjid Mukim Kampus Kesihatan USM hari ini.

IMG 20250101 WA0022

IMG 20250101 WA0021

Majlis yang dimulakan usai solat zuhur, dihadiri oleh warga kampus, ahli kariah masjid serta komuniti setempat. Ia diadakan bertujuan memohon kesejahteraan dan keselamatan seluruh rakyat Malaysia khususnya warga USM daripada musibah banjir dan wabak penyakit. Selain itu, doa juga dipanjatkan bagi memohon kejayaan dan kemudahan buat pelajar yang melanjutkan pengajian di USM.

IMG 20250101 WA0020

IMG 20250101 WA0023

Majlis turut diisi dengan sesi tazkirah yang disampaikan oleh Pengarah Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaiful Bahari Ismail. Dalam tazkirahnya beliau menyeru agar semua pihak mengambil iktibar daripada pengalaman lalu dan berusaha memperbaiki diri untuk menjadi insan yang lebih baik.

IMG 20250101 WA0024

IMG 20250101 WA0025

IMG 20250101 WA0026

Beliau turut menekankan kepentingan memulakan setiap usaha dengan doa, diiringi kesungguhan dalam mengejar ilmu dunia tanpa mengabaikan ilmu akhirat. Majlis ini diakhiri dengan jamuan ringan sebagai tanda penghargaan kepada semua yang hadir.

Teks: Muhamad Iqbal Bashah Ahmad Basha Ruddin / Foto: Wan Mohd Rashidi Wan Mood

  • Created on .
  • Hits: 174