Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

SUKAD FASA 2 SAKSIKAN KEJAYAAN BERTERUSAN PASUKAN MURNI NURANI

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 15 Mei 2023 – Desasiswa Murni Nurani dinobatkan sebagai juara bola tampar lelaki dan futsal wanita dalam kejohanan Sukan antara Desasiswa (SUKAD) fasa dua (2) yang berlangsung di Kampus Kejuruteraan, Nibong Tebal pada 5 Mei lalu.

WhatsApp Image 2023 08 23 at 13.04.32 1

WhatsApp Image 2023 08 23 at 13.04.33
 
Selain itu, pasukan bola keranjang lelaki dan bola tampar wanita Desasiswa Murni Nurani turut menempatkan diri pada kedudukan tiga (3) teratas apabila merangkul gelaran naib juara dalam kejohanan anjuran Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) dengan kerjasama Majlis Penghuni Desasiswa (MPD) Jaya Lembaran Utama dan Unit Sukan, Kampus Kejuruteraan.
 
WhatsApp Image 2023 08 23 at 13.04.32
 
WhatsApp Image 2023 08 23 at 13.04.34
 
SUKAD dianjurkan bertujuan untuk mengerat silaturrahim selain mencungkil bakat-bakat baharu dalam kalangan mahasiswa untuk membentuk legasi kepimpinan masa hadapan yang bukan sahaja cemerlang dari aspek akademik tetapi turut aktif bersukan.
 
WhatsApp Image 2023 08 23 at 13.04.31
 
Turut hadir ialah Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, USM, Profesor Dr. Azlinda Azman dan Timbalan Pendaftar, BHEPA, Kampus Kesihatan merangkap Penggawa Desasiswa Murni Nurani, Hafiz Assad Zakaria.
 
Sumber Laporan & Foto: Kaabati Abd Kamar
  • Created on .
  • Hits: 430